BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 11, 2010

"Natural Selection"



today is just the totally beginning of Ramadhan. it is a new experience for me to have Ramadhan without my family. but friends here, replace them now. i hope this year, i will fullfill my Ramadhan with a lot of good things, besides talking nonsence or bad words and any other bad things that i usually do. haha! and of course to do 'terawih' on every night for this year and not like the previous year. hope this Ramadhan will make myself to be closed to the almighty.

the first day,

looking outside the windows,
having some fresh morning air,
enjoying the morning clouds,
listening to the chirping birds,
and my deepheart whispering..

i hope for a better TOMORROW


happy FASTING peeps :)

Sunday, May 30, 2010

"Tika Masanya Tiba"

kita diberi pilihan dalam kehidupan
sudah menjadi lumrah alam seharian
memilih mengejar menggapai
mampukah kita utk semua itu?

kita dihimpit rasa bersalah
dibebani dosa dosa silam yang tidak pernah dijernihkan
jauh sudah tersasar
jauh sudah dibelakang
menghampiri kegelapan..

manusia?
manusiakah kita pada akhir zaman ini?
atau layak dipanggil binatang sahaja?
kemewahan kenikmatan kenafsuan
itu sahaja yang berlari di kotak otak
menzalimi menindas menakhluk
kemana perginya sifat manusia
wahai manusia?



Friday, May 7, 2010

"Sajak Bunga Kental - Rahmat Harun"

asing di tengah dunia kata-kata dan lara. kesakitan cukup panjang. berperang ngerang dan radang. aku memadat asap ganja ke dada. ke dada yang hitam, candu, tar dan nikotin bersarang. melekat di dinding-dinding daging paru-paru dan jantung terkurung dalam gelap darah. pahit, perit sakit mengalir bersama cairan tajam asid mematuk-matuk bocor belit salur ususku yang terjelir kotor. senak menjerut perut. maung hanyir menjeruk bau busuk.

aku senyum dalam duka yang ku peram sendiri. mengasam bertahun lamanya. bara api rokok marak merah. nyalanya membakar pedih. bunyi dengus gersik membisik dan menjerit, batang-batang tembakau cengkih keratan hangus. habuk arang dan abu.

segera ku padamkan pada liang-liang peluh. pada bulu-bulu roma. pada parut luka sama. suara titis air mata jatuh pada besi panas. kulitku melepuh. melecur. gigilku hilang. kini, hanya kuap asap di udara. berkelabu gurihnya, syahdu. sekali lagidunia kata-kata dan lara menenggelamiku. haus, ini kali akan ku hirup racun.

Friday, April 23, 2010

"Andainya Aku"

andai aku tahu bahasa mata
yang tidak pernah berhenti berbicara
akan aku selami apa katanya

andai aku tahu bahasa mata
yang tidak pernah berhenti merasa
akan aku selongkari apa perasaannya

andai aku tahu bahasa mata
yang tidak pernah berhenti meminta akan
aku menyelubungi apa mahunya

andai aku tahu bahasa mata

"Aku & Kamu"

kacau bilau jiwa ini, sesekali bagai dipenjara mereka
ingin ku lihat dunia mereka, ingin ku tatap wajah mereka
seketika ku buka mata untuk hadir walaupun seketika

ingin ku keluar dari belenggu ini
belenggu yang menjadi mimpi,
mimpi yang tidak pernah ku sedari

biar ku terus berlari dan lari,
waktu yang sama ku mencari

jalan keluar dari mimpi ku ini

memberi arahan yang buta
bayang mereka yang semakin menghitam
takkan pudar jiwa ini jika
ku lepaskan semuanya kepada mu

Monday, April 19, 2010

"Tiada Tajuk"

ahh apelah nasib aku,
sekali lagi mengharungi hari yang palat..

dah lama tak mengharungi hari hari yg malang mcm ni..
sbb aku asyik terperuk jek dlm umah dlm bilek 25 jam 10 saat..
takpelah, it's a life that u cannot predict what will happens next..
continue jelah ape yg perlu dcontinuekan..forget the past n think the future..
aku malas nak type panjang..nak bermadah madah..aku nak mencarut je..
boleyh tak??

sbb ape??
sbb die beessstt..(salah satu ungkapan iklan televisyen)

so senang je nak terapi minda..

lepaskan segala keserabutan di minda..
juz listen to hardhardcore songs n start
BANGIN' !!!

*bangin'(mengangguk angguk kan kepala ke atas dan bawah mengikut rentak dan dlakukan secara aggresif oleh hardcoreans)


and i miss "HER" now..

cepat lah balik camping makcik oi !! T.T

shut !

"Ku Takut"

ku takut kau hilang
jadi bayang bayang
sesat dalam lurah yang gelap
tiada udara

ku takut kau hilang
dalam ribut taufan
entah mengapa cepat berubah
ternyata kau lemah

madu atau racun namamu
bunuh saja kecil hatiku
awan mendung telah berarak
nafas mula segar kurasa dunia

ku takut kau hilang
karam di lautan
dipukul ombak dihempas badai
hilanglah arahnya

Sunday, April 18, 2010

"Tiada Daya"

pergilah, satu hidup bahagia yang telah pun tertewas
terdengar satu kesalahan yang mungkin dimaaf
perasaan ini seperti telah pun mati
hanya kehendak aku berdiri…
dia yang telah tiada
hilang dimataku walau aku tahu oh hatimu
cukuplah sekadar satu senyuman yang mampu
memanjangkan nafasku..

Sunday, March 14, 2010

"Gelap"

apabila semuanya menjadi gelap..
apa yg kita akan nampak ?
apa yg kita dapat lihat ?
apa yg kita akan fikirkan ?
apa yg kita mampu lakukan ?
apa yg kita akan katakan ?
mampukah kita untuk bertahan dan meneruskan perjalanan 
yg kita tidak tahu di mana penghujungnya..
kita tidak mampu melakukan apa apa yg kita inginkan, sehinggalah..
kita disirami cahaya yg mewarnai seluruh kehidupan kita
memberi harapan memberi keceriaan memberi kabahagiaan untuk terus..
HIDUP 

Thursday, March 11, 2010

"Keputusan"

setiap detik yang kita tnggu akan tiba
setiap saat yg kita lalai akan pergi
kita menunggu penuh taat,
tetapi..kita membiarkan ia pergi.. 
kita berharap dgn setinggi langit,
tetapi..kita melepaskan ia berlalu.. 
sehingga suatu saat, kita sedar..
kejayaan bukan lagi utk kita kecapi
dan
kejayaan yg disaluti harapan
menjadikan kita utk menjadikan ia sebuah

DENDAM ..

Alhamdulillah dan Tahniah kpd pelajar SPM 2009 !
(Aku,Hasif,Zarul,Sharmila,Prathiba,Mimie,Rashid,Amir,Taufik,
Hazer,Sharleena,AmirAzman,Josiah,Kevin,5Newton-ers,5Kelvin-ers and and all 1992 student!!)