BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

"Tika Masanya Tiba"

kita diberi pilihan dalam kehidupan
sudah menjadi lumrah alam seharian
memilih mengejar menggapai
mampukah kita utk semua itu?

kita dihimpit rasa bersalah
dibebani dosa dosa silam yang tidak pernah dijernihkan
jauh sudah tersasar
jauh sudah dibelakang
menghampiri kegelapan..

manusia?
manusiakah kita pada akhir zaman ini?
atau layak dipanggil binatang sahaja?
kemewahan kenikmatan kenafsuan
itu sahaja yang berlari di kotak otak
menzalimi menindas menakhluk
kemana perginya sifat manusia
wahai manusia?



Friday, May 7, 2010

"Sajak Bunga Kental - Rahmat Harun"

asing di tengah dunia kata-kata dan lara. kesakitan cukup panjang. berperang ngerang dan radang. aku memadat asap ganja ke dada. ke dada yang hitam, candu, tar dan nikotin bersarang. melekat di dinding-dinding daging paru-paru dan jantung terkurung dalam gelap darah. pahit, perit sakit mengalir bersama cairan tajam asid mematuk-matuk bocor belit salur ususku yang terjelir kotor. senak menjerut perut. maung hanyir menjeruk bau busuk.

aku senyum dalam duka yang ku peram sendiri. mengasam bertahun lamanya. bara api rokok marak merah. nyalanya membakar pedih. bunyi dengus gersik membisik dan menjerit, batang-batang tembakau cengkih keratan hangus. habuk arang dan abu.

segera ku padamkan pada liang-liang peluh. pada bulu-bulu roma. pada parut luka sama. suara titis air mata jatuh pada besi panas. kulitku melepuh. melecur. gigilku hilang. kini, hanya kuap asap di udara. berkelabu gurihnya, syahdu. sekali lagidunia kata-kata dan lara menenggelamiku. haus, ini kali akan ku hirup racun.